Pemuliharaan dan status Tukang (burung)

Sesetengah spesies tukang diancam kepupusan. Kematian di jalan raya spesies tersebut oleh kereta dianggap sebagai punca utama kematian bagi kebanyakan ahli keluarga tersebut kerana tabiatnya yang suka berehat dan bertengger di jalan raya.[8]

Ia juga biasanya bersarang di atas tanah, meletakkan satu atau dua biji telur bercorak terus ke tanah kosong. Tukang mungkin memindahkan telur dan anaknya dari tempat bersarang sekiranya berlaku kebahayaan dengan membawanya ke dalam mulutnya. Cadangan tersebut telah diulang berkali-kali dalam buku ornitologi, tetapi tinjauan penyelidikan tukang menemui bukti yang sangat sedikit untuk menyokong gagasan tersebut.[9][10]

Kegiatan membangunkan strategi pemuliharaan untuk sesetengah spesies memberikan cabaran tertentu kerana saintis tidak mempunyai data yang mencukupi untuk menentukan samada sesuatu spesies itu terancam atau tidak kerana kesukaran untuk mengesan, mengenalpasti dan/atau mengkategorikan bilangan terhadnya, contoh yang baik ialah Caprimulgus centralasicus di wilayah Xinjiang barat daya China (hanya diketahui melalui satu pertemuan sahaja). Tinjauan pada 1970-an dan 1990-an gagal menemui spesies tersebut,[11] membayangkan bahawa spesies tersebut telah pupus, terancam, atau hanya ditemui di beberapa kawasan kecil.